astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..
dengan nama Allah yang memberi rasa dalam hati ini..dengan nama Allah yang menggerakkan anggota-anggota ini..dengan nama Allah yang telah memberikan segala macam nikmat kepada diri ini..
ya Allah..tariklah aku kembali dekat padaMu jika aku jauh daripadaMu..tariklah aku dengan penuh kasih sayangMu..janganlah Kau biarkan aku jauh lama daripadaMu..berilah aku kekuatan untuk bermujahadah..berilah aku kekuatan untuk beristiqamah..berilah aku kekuatan untuk melawan jahiliyah yang musuhMu telah hiasi..
futur..sesungguhnya itu adalah satu perkataan yang sangat mengerikan..satu perkataan yang mampu membuat para daie seram sejuk hingga ke tulang hitam..satu perkataan yang kalau boleh mahu dilenyapkan daripada kamus hidup setiap daie..satu realiti yang setiap daie berjihad dengannya setiap hari..hanya dengan belas dan ihsanNya sahajalah para daie itu mempunyai kekuatan dan kesabaran untuk mengejar cinta dan redhaNya..hanya dengan kasih sayangNya lah para daie itu mampu untuk merasai nikmat iman dan sabar..hanya dengan pertolonganNya lah segala mehnah dan ujian, kesengsaraan dan kepenatan, dukacita dan robekan dan tusukan hati, mampu diharungi..
melakukan basic mutabaah amal..update dengan adik-adik..ziarah adik-adik..membaca buku-buku fikrah dan sirah..tilawah setiap hari..hatta menguatkan diri untuk tilawah satu muka surat setiap hari..memperbaik hafazan..menggagahkan diri untuk bangun qiam..hatta subuh sekalipun..peperangan antara iman dan jahiliyah yang berlaku setiap detik dan ketika..mujahadah dan istiqamah yang semestinya bukan senang..
dalam sekelip mata sahaja sudah megikuti langkah-langkah syaitan..contoh?simply said, apa-apa sahaja yang tidak menambahkan keimananmu kepada Allah maka kamu telah mengikuti langkah-langkah syaitan..tak percaya?there's only two paths in this life that u will take..tiada antara dua nya..bukankah Allah sudah ingatkan..
"Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah : 208)
sesungguhnya nak melawan kefuturan itu bukanlah mudah..tanpa bantuan daripadaNya maka kita tidak dapat melakukannya..futur itu suatu ujian..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah Menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti Mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-'Ankabut : 2-3)
maka rugilah mereka yang futur dan tidak bangun kembali kerana di sebalik kefuturan itu akan melahirkan daie yang lebih kuat daripada sebelumnya..
like the westerners always say,
"Every cloud has a sliver lining."
tapi sebenarnya Allah dah cakap dulu before them ^^,
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (Asy-Syarh/Insyirah : 8)
indeed ;) |
semua ini adalah peringatan untuk saya dahulu pertamanya sebelum anda yang membaca..saya taknak saya futur dan saya sedar sorang-sorang..saya harap anda pun sedar jugak, biidznillah.. :)
No comments:
Post a Comment