Wednesday, March 14, 2012

anda-anda di luar sana

bismillahirrahmanirrahim..

hari ini saya telah menegur seseorang tentang satu perkara yang sudah lama saya nak tegur.hari ini saya mungkin telah menyakitkan hati seseorang dengan teguran saya.bahkan mungkin hati beberapa orang.saya tidak tahu jika statement saya pedas tapi saya tegur atas dasar ingin membetulkan apa yang salah.jika saya bersalah dalam menegur, sila tegur kesalahan saya.jika saya berkasar dalam menegur,tolong maafkan saya.sebab perkara ini berkaitan dengan saya juga.dan saya minta maaf sebab mungkin saya juga yang bersalah dalam perkara ini sehingga boleh menimbulkan isu yang saya kira sepatutnya tiada.

saya ini manusia yang penuh dengan kesilapan.saya kira memang semua orang tak dapat lari daripada membuat kesilapan.jadi, memang sangat perlu kita saling tegur menegur dan saling menasihati kan? :) jadi, isu ini telah lama timbul.ya,mungkin ini hanya gurauan semata-mata.namun, lama kelamaan gurauan ini menjadi semakin berlebihan dan kadang kala saya kira melampau.memang tidak salah untuk kita bergurau senda untuk merapatkan hubungan tetapi adalah salah sekiranya, walau dalam bergurau sekalipun, kita berbohong..bahkan nabi sendiri melarang..orang mukmin memang tidak boleh berbohong bahkan apabila bergurau senda! dan saya kira apabila seseorang itu membuat cerita demi gurauannya, maka saya kira itu adalah salah.kerana apa? kerana cerita itu tidak benar, ie bohong. maka saya rasa sangat perlu saya menegur perkara itu, apatah lagi nama saya turut terbabit.

mungkin saya terlalu direct, dan ya saya akui saya ini memang tidak sempurna, mungkin saya juga lakukan apa yang saya tegur pada orang itu, jadi saya harap jika itu berlaku akan ada yang menegur saya.tapi saya penat apabila perkara ini berlarutan dan berpanjangan tanpa ada sesiapa pun yang menegur.saya bukanlah the only mangsa.ada lagi yang lain.sahabat saya.dan apabila saya mengatakan saya ingin menegur orang yang memperlaku dia sebegitu, dia halang.kerana apa?kerana satu kelas jadi tidak mahu awkward dan pelbagai lagi reason.baiklah saya terima.tapi saya tetap ada rasa urgency mahu menegur.sebab saya respect pendiriannya, saya tahan diri saya daripada menegur manusia itu.tapi,bila perkara ini berlaku lagi sekali, dan tengah terjadi sewaktu saya ada, adakah saya akan berdiam diri dan terima segalanya tanpa berbuat apa2?maaf mungkin perangai short temper saya di kala jahiliyah masih berkarat dalam diri, maka saya tidak dapat tahan diri daripada menegur hal yang trang tang tang berlaku di depan mata.

saya akui saya geram, saya sakit hati. namun saya cuba untuk menegur dengan berhikmah.maafkan saya jika saya terkasar.maafkan saya kerana teguran ini datang daripada seorang perempuan dan mungkin mencalar mana2 ego gorgon sesiapa. saya bersyukur kerana perkara ini hanya berlaku di alam maya dan bukan realiti.kerana saya khuatir saya dapat mengawal marah dengan jayanya jika di realiti. 

kepada yang berkenaan,jika anda2 membaca post ini,atau anda perasan yang post ini untuk anda, sekali lagi saya meminta maaf jika teguran saya ini kasar dan terlalu direct.saya tidak reti untuk berkias dan saya kira perkara yang salah mestilah dibetulkan, setuju? dan saya kira kita mestilah saling menegur dan saling menasihati..tolong tegur jika saya tersalah bicara atau perlakuan. tapi tolong tolong tolong, hentikan segala cerita yang tidak berasas yang anda lakukan.stop with all this 'kenen'-meng'kenen' thingy and stop spreading stories that are not true.guys are not suppose to make stories up and gossip.guys are suppose to be protectors.guys are suppose to be leaders.correct those who are wrong.guys are suppose to display qudwah hasanah like our Prophet pbuh. im not saying girls shouldnt show qudwah hasanah too but guys!you have much bigger responsibilities which come with correct attitudes.jangan kotorkan diri anda dengan amalan2 jahiliyah ini lagi please?jika karat2 jahiliyah ini masih menebal dalam diri, bagaimana nak bangunkan dan capai ustaziyatul alam?

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
2:208

so please guys..man up!