Tuesday, November 29, 2011

setelah sekian lama! ;p

alhamdulillah hari ini berkesempatan buat UO(usrah online) guna skype..wahaha..first time ok terima kasih..

ada seorang ukhti share,

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."

(al-Ankabut:64)

kehidupan dunia ini bukanlah kehidupan yang sebenarnya.ia hanyalah gurau senda dan permainan. dan kehidupan yang sebenar-benarnya ialah di akhirat sana.ok..mungkin tak cukup force di sini..wahai kamu-kamu dan anda-anda yang leka dan khusyuk dengan kehidupan duniawi!bangun! bangun! bangun! don't indulge yourself with all the duniawi business!hidup di dunia ini hanya sementara..kita semua pasti akan mati..mati itu pasti,kan?awak pun tahu,kan?saya pun tahu..lepas kita semua mati there will be the Hereafter..the real deal that is permanent..akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya!sebenar-benar awak percaya awak hidup(buktinya u're breathing right?) dan sebenar-benar bila awak ditampar oleh girlfriend/boyfriend orang yg sangka partner dia curang dengan awak (ok xde istilah couple dlm Islam terima kasih) dan sebenar-benar awak yakin dan percaya bahawa mak ayah awak adalah mak dan ayah awak!!!(kalau ragu2 sila buat dna test terima kasih.bkn senang nak buat sbb saya pernah buat sendiri kat lab n failed miserably >.<)

jadi jadi jadi~~~ kenapa ya? kenapa kita lihat raaaamaai orang mengejar dunia??sebab xd sape nak ingatkan dorang barangkali (byk btol kerja kita as daie ni *peluh) o they may be ignorant?huhu..sob3..kita boleh lihat sendiri orang sekeliling kita mungkin betapa dunia dikejar dan akhirat terkapai-kapai..bila kita belajar bersungguh-sungguh nak pass exam sampai sanggup stay up(!) demi nak menghabiskan silibus(ok nangis di sini mngenangkan diri sdri) tapi qiam kita entah ke mana..bila kita dah khatam semua buku rujukan kita sampai tahu oh topik ni page ni, isi ni kat page ni belah atas kanan tapi entah Al-Quran kita dah khatam ke tidak(tah2 da berhabuk bertahun-tahun x usik..astaghfirullah..muhasabah diri *head hanging looking down)..

nak-nak bila tengah cuti ni..(ok saya tengah cuti sem) makin menjadi-jadi la kan nak melagha tu..yelah..masa free sangat banyak lah katakan..(ok saya cuti sebulan lebih =.=') cuba muhasabah balik diri masing-masing..berapa banyak peruntukan masa yang dah kita laburkan untuk akhirat dan berapa untuk duniawi..bila kita belajar,ingat balik kita belajar sebab apa..betulkan balik niat kita..ok xkira kita makan ke mandi ke baca buku ke,pastikan niat kita itu kerana Allah :)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibn Majah dan Ahmad)

peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk awak dan anda..waAllahu'alam.. :)

Tuesday, November 15, 2011

mehnah perubahan

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

bukan senang kan nak berubah?bila mana kita dah biasa melakukan sesuatu perkara tu dan ia ibarat sudah menjadi darah daging kita,tiba-tiba suatu hari kita dapat tahu bahawa kebiasaan kita selama ini adalah salah..

oleh itu,kita harus berhenti melakukannya dengan kadar segera!pronto!chop-chop!fullstop!no excuses!tapi cakap itu memang sangat mudah..teramat sangatlah benar-benaaaarrr mudah..dan untuk melakukannya dengan sebenar-benar ertiii teramaaaatlahh payah!memanglah mudah untuk katakan, 'kenalah mujahadah(kuatkan diri)!' tapi untuk bermujahadah pun sebenarnya kena ada mujahadah!maknanya kita kena mujahadah untuk bermujahadah!Allahuakbar..berat..ya saya akui!saya rasa ini amaaat berat..

bila mana saya berubah, itu adalah antara saya dengan Allah..betapa Dia telah membuka pintu hati,betapa Dia telah memudahkan urusan dan betapa Dia telah memberi kekuatan untuk saya terus istiqamah..astaghfirullah..kadang-kadang rasa sangat-sangat lemah..betapa saya berusaha untuk bersihkan hati,delete segala rasa walau sedikit pun riak(!) dan sentiasa refresh balik niat..

"Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya walau sebesar zarah sifat takabbur!"

(HR Muslim)

ok.titiba rasa sangat down.doakan saya terus istiqamah ya!and awak pun kena tolong saya juga,tolong jangan ajak saya kembali lakukan karat-karat jahiliyah yang saya berusaha untuk tinggalkan,pretty please? (sambil buat kitty cute eyes*ok walaupun mata saya sepet sila luaskan imagination anda dan jadi creative terima kasih)

pinjamkan saya kekuatan ya Allah..

asing

Pada suatu petang nan indah lagi damai..(cewahh)

peperiksaan baru sahaja selesai..ada sekumpulan pelajar sedang beratur menunggu bas untuk membawa mereka ke kolej..

"Eh zam!camne exam tadi?susah en..aku banyak gila tinggal soalan.."

"Tula..sama la dengan aku..dah la tak habis study semalam..eh weh..asal ko pakai stokin??pelik gila kot~"kata Zam sambil tertawa.

Jelingan tajam dia beri kepada Zam..(zaasss!bunyi hati tertusuk ni!)

"Apa yang peliknya?"sambil tengok stokin hitam yang terbelah satu di antara ibu jari kaki dan jari kaki yang kedua.

"Mana ada pelik..kau la yang pelik.."

"Haha..apasal pulak aku yang pelik..kau la.."Zam kata.

Hmm..memang,

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, "Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing."

(HR Muslim)

sekarang ni pakai stokin pun dah nampak pelik.tidakkah kamu tahu, aurat perempuan itu adalah seluruh anggotanya kecuali muka dan tapak tangan.bukankah sudah berkali-kali diulang dan diajar sejak sekolah rendah lagi?human being are made to be forgetful.sebab itu saya mengingatkan awak ni..(muka tersenyum*wink2*) ^_^

semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang asing itu,insyaAllah..

^_^