Friday, July 20, 2012

ramadhan!


bismillahirrahmanirrahim..
astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur kepada Allah yang masih memberi peluang kepada diri ini untuk bernafas di pagi ramadhan ini..memberi peluang untuk diri ini merasai nikmat berada di dalam madrasah ramadhan..moga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk bermujahadah melawan nafsu dan beramal dengan ikhlas hanya untuk Nya insyaAllah.. :)

benar..saya sangat gembira semalam apabila dapat menunaikan ibadah tarawih pada malam pertama ramadhan..namun saya sedih juga apabila melihat suasana yang mengguris hati..alhamdulillah semalam surau di rumah penuh.moga semangat itu berkekalan hingga ke hari-hari terakhir ramadhan,malah bulan-bulan dan tahun-tahun yang seterusnya biidznillah..cuma kadang-kadang saya ada perasaan mahu lari keluar dari surau itu dan pergi beribadah di tempat lain!astaghfirullah..sedih sekali pada malam pertama ramadhan,pada bulan turunnya Al-Quran, ramai orang berkumpul di rumahMu ya Allah tetapi mengapa mereka tidak menghabiskan masa beribadah kepadaMu dan mengalunkan ayat-ayat cinta dariMu? jikalau tidak kerana azan maka bilakah mereka akan berhenti ya Allah..

tidak..saya bukan mengatakan saya lebih bagus daripada mereka..saya tidak mengatakan saya beribadah lebih banyak daripada mereka..bukan saya maksudkan begitu..cuma saya ingin kemukakan realiti masyarakat kita..yang mungkin sesetengahnya tidak nampak itu sebagai satu masalah..yelah..dah lama tak jumpa mestilah nak berkongsi cerita dan bergosip bagai ye dok?err say what...?mungkin kita lupa..salah satu perkara yang kita perlu jauhi daripada melakukannya di rumah Allah ialah berbual-bual kosong.eh tapi bukan di rumah Allah je ye..malah di mana-mana pun..asalkan kita di bumi Allah kita kena elakkan perbualan kosong itu (ataupun gosip a.k.a. mengumpat a.k.a. mengata a.k.a. word yang sama waktu dengannya).. apa yang dikatakan dengan perbualan kosong itu?(saya yakin semua orang tahu gosip itu apa) perbualan kosong adalah perbualan yang tidak meningkatkan keimanan kepada Allah..semua orang ada akal yang Allah telah anugerahkan maka sila lah fikir dengan sedalamnya whether what you talk about with people make you closer to Allah or not..eh yang saya cakap ni still dalam context girl-dengan-girl eh..kalau boy-dengan-girl pulak camne?kan Allah dah pesan~

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya ..." (An-Nur : 30-31)

siapa yang mengaku dia beriman jadi silalah fahami dan hadam ayat ini..ehh jadi kita tak boleh cakap dengan laki??ini suatu kongkongan!!hmmmmm yeke?betul ke Allah larang kita cakap kat laki sebab nak kongkong kita?bukankah Allah itu Pencipta kita?bukankah Allah lah yang paling mengenali hamba-hambaNya?eh tapi ayat tu takde pun sebut jangan cakap dengan laki~~~ ya, cakaplah kamu wahai girl dengan boy sekiranya kamu ada urusan dengannya.selain daripada itu janganlah..walaupun kita takde perasaan dekat dia,kita kata dia tu kawan je tapi adakah pandangan kita terjaga?walhal kita akan pandang mata dia atau muka dia bila bercakap dengan dia.dapatkah kita jamin kita tak buat dorang rasa apa-apa walau sekelumit cuma?ini baru cakap pasal kawan yang tiada perasaan..kalau yang ada perasaan itu toksah cakap la.apatah lagi pasangan-pasangan kekasih yang hangat berchenta..inilah masalah ikhtilat yang muda-mudi tidak nampak.jadi jangan cakap dengan saya pasal fatwa hati jika memang Allah larang..kerana di sini saya hanya nampak dua jalan..jalan menuju Allah dan jalan menuju syaitan..astaghfirullahal'azim..awak, cepat taubat eh..ramadhan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup..moga Allah buka pintu hati kita semua untuk kembali kepadaNya dan diberikan taufik dan hidayah untuk terus kekal dalam penghijrahan menujuNya..

saya tahu dan sedar..saya bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara dan menasihati tentang perkara ini kerana saya tahu dulu saya bagaimana dan orang-orang yang mengenali diri saya dahulu tahu juga saya bagaimana..tapi saya tidak mahu sedar seorang diri..saya tidak mahu ingin ke syurga seorang diri..saya tidak mahu teguran ini adalah dasar kata hati yang perasan diri lebih bagus..tidak!saya tidak mahu itu semua..saya hanya ingin mengingatkan jiwa-jiwa yang lalai dan leka..yang sedang dalam lena yang panjang untuk celikkan mata walau sekejap cuma..saya hanya ingin keredhaan Allah..hanya cinta Dia lah yang saya damba..ya..mungkin pelik dan unrealistik tapi saya ingin itu..itu dan itu saja..

ok baiklah saya dah melencong dari tajuk asal sebenarnya..takpe lah..sikit-sikit insyaAllah..

mintak maaf atas kekasaran bahasa yang mengasar dan kegurisan hati yang terguris..moga Allah lapangkan dada awak semua untuk menerima walau sekelumit cuma insyaAllah..

1 comment:

Anonymous said...

anda mmg terbaik!! :)
fatwa hati tu ape?
tapi mmg benar realiti masyarkat..
Rasulullah menghadapi perkara yg sama sehingga Baginda lari ke Gua Hira kan.. tngah mencari jalan jugak utk membantu..
terima kasih utk tazkirah pagi.. semoga istiqamah.. :)