Tuesday, November 29, 2011

setelah sekian lama! ;p

alhamdulillah hari ini berkesempatan buat UO(usrah online) guna skype..wahaha..first time ok terima kasih..

ada seorang ukhti share,

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."

(al-Ankabut:64)

kehidupan dunia ini bukanlah kehidupan yang sebenarnya.ia hanyalah gurau senda dan permainan. dan kehidupan yang sebenar-benarnya ialah di akhirat sana.ok..mungkin tak cukup force di sini..wahai kamu-kamu dan anda-anda yang leka dan khusyuk dengan kehidupan duniawi!bangun! bangun! bangun! don't indulge yourself with all the duniawi business!hidup di dunia ini hanya sementara..kita semua pasti akan mati..mati itu pasti,kan?awak pun tahu,kan?saya pun tahu..lepas kita semua mati there will be the Hereafter..the real deal that is permanent..akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya!sebenar-benar awak percaya awak hidup(buktinya u're breathing right?) dan sebenar-benar bila awak ditampar oleh girlfriend/boyfriend orang yg sangka partner dia curang dengan awak (ok xde istilah couple dlm Islam terima kasih) dan sebenar-benar awak yakin dan percaya bahawa mak ayah awak adalah mak dan ayah awak!!!(kalau ragu2 sila buat dna test terima kasih.bkn senang nak buat sbb saya pernah buat sendiri kat lab n failed miserably >.<)

jadi jadi jadi~~~ kenapa ya? kenapa kita lihat raaaamaai orang mengejar dunia??sebab xd sape nak ingatkan dorang barangkali (byk btol kerja kita as daie ni *peluh) o they may be ignorant?huhu..sob3..kita boleh lihat sendiri orang sekeliling kita mungkin betapa dunia dikejar dan akhirat terkapai-kapai..bila kita belajar bersungguh-sungguh nak pass exam sampai sanggup stay up(!) demi nak menghabiskan silibus(ok nangis di sini mngenangkan diri sdri) tapi qiam kita entah ke mana..bila kita dah khatam semua buku rujukan kita sampai tahu oh topik ni page ni, isi ni kat page ni belah atas kanan tapi entah Al-Quran kita dah khatam ke tidak(tah2 da berhabuk bertahun-tahun x usik..astaghfirullah..muhasabah diri *head hanging looking down)..

nak-nak bila tengah cuti ni..(ok saya tengah cuti sem) makin menjadi-jadi la kan nak melagha tu..yelah..masa free sangat banyak lah katakan..(ok saya cuti sebulan lebih =.=') cuba muhasabah balik diri masing-masing..berapa banyak peruntukan masa yang dah kita laburkan untuk akhirat dan berapa untuk duniawi..bila kita belajar,ingat balik kita belajar sebab apa..betulkan balik niat kita..ok xkira kita makan ke mandi ke baca buku ke,pastikan niat kita itu kerana Allah :)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibn Majah dan Ahmad)

peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk awak dan anda..waAllahu'alam.. :)

No comments: