Monday, November 19, 2012

hubungan ruh

Terjawab sudah persoalan yang selama ini kucari..tali yang menghubungkan semua hambaNya adalah tali keimanan itu..akidah yang sama..atas dasar itulah umat islam itu seperti satu badan..bila satu bahagian dicubit,yang lain rasa kesakitannya..atas dasar itu..

Terima kasih ya Allah..kerana tidak berputus asa denganku..walaupun aku berputus asa denganMu ku pohon janganlah Kau berputus asa denganku..tariklah aku kepadaMu..tarbiyahlah aku dengan apa cara yang Kau kehendaki..

Lembutkanlah hatiku..berikanlah aku hati yang baru jika hati ini tidak mampu untuk merasa lagi..sucikanlah hatiku daripada penyakit hati dan cinta dunia..penuhilah hatiku dengan cintaMu semata..hanya cintaMu yang aku damba..hanya cintaMu yang aku mahu..hanya cintaMu untuk rongga di hatiku ini ya Rabb..

#modebaikihubungandenganDia

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: