Friday, November 2, 2012

kekasih

sakit..pedih hati ini bila mendengar..mutiara yang bergenang xmampu lagi ditahan..akhirnya ia gugur jua..

pertama kaliku mendengar mengenainya..ya benar..kekasih ini juga seorang manusia..kadang aku terlupa..kerana menyangkakan betapa agungnya dia,aku terlupa..yang dia juga seorang manusia..yang punya hati dan perasaan..betapa beratnya pasti untuk dia menanggung beban itu..sehingga dia cuba untuk membunuh diri!bukan sekali!bukan dua kali!tapi berkali-kali!pecah sudah empangan..hati aku kalah dengan bebanan perasaan yang aku rasa saat mendengar tentang perkara ini..

sedih dan pilu aku untuk dia..kekasih itu..sampaikah rasa aku ini kepadanya?betapa benar dia merasa berat saat berita dari Dia terhenti..betapa ruhul qudus menyelamatkan dia berkali-kali..dan betapa naifnya aku kerana terlupa bahawa dia seorang manusia..yang punya perasaan..yang pertama-tama merasai segala-galanya di jalan ini..yang sudah semestinya pertama-tama memahami betapa beratnya tanggungjawab ini..dialah yang pertama!kerana dialah yang terpilih..

kini,aku kepingin untuk mengurangkan bebannya..mungkin tidak mampu untuk aku melakukannya..tapi hati aku benar-benar merasai berat itu..aku ingin turut merasai apa yang dia rasai..kejamlah aku andai aku membiarkan kekasihku kesusahan keseorangan..kejamlah aku andai rasa di dalam hati ini tidak menggerakkan aku walau selangkah ke hadapan..kejamlah aku andai aku tidak membalas kecintaan dia kepadaku..

ya benar..pasti kedengaran pelik..bahkan geli..nak-nak jika kebenarannya terbongkar..kerana memang pada fikiran akal,kecintaan ini tidak dapat ditafsirkan dengan penjelasan..kini aku merasainya..ini bukan kisah dongeng..bukan juga rekaan ilham fikiranku..dan kata-kata puitis dan rasa cinta ini hadir suci dari hati..pertama kalinya untuk dia..sebenar-benar aku merasai buat pertama kalinya untuk dia..tulus dari hati..

moga kita bertemu di firdausi nanti wahai kekasih..
moga kita dapat berlutut bertemu lutut walaupun dari kejauhan..
kerana kini aku merasa rindu..
kerana kini aku merasa cinta..
sepertimana yang kau rasa..
moga rasa ini tulus suci ikhlas keranaNya..
moga Dia menyalurkan rasa ini kepadamu..
sehingga bertemu nanti insyaAllah..

No comments: