Wednesday, June 29, 2011

take a break

assalamualaikum..

waktu sekarang ialah 5.08 am menurut lappy saya..

saya tidak tidur dari malam semalam kerana cuba untuk menyiapkan report yang sepatutnya saya siapkan minggu lepas..liyana sayang(bahahaha)..nampaknya saya sudah terlebih tiga hari..sebab sekarang hari rabu..

saya masih perlu menambah beberapa perenggan sebelum benar-benar siap menaip laporan(hah!ingat pun!) ini..tidak pernah saya sangka bahawa saya akan menerangkan dengan sebegitu teliti mengenai teritip itu..ah..nampaknya laporan ini benar-benar bukan laporan biasa seperti sebelum ini..saya tidak boleh buat laporan cincai lagi..

oh tidak!saya baru teringat..rupanya selain beberapa perenggan,saya masih belum melukis rajah layang-layang(dibaca kite diagram)..sialan(mind my language..saya ambil direct daripada terjemahan google)..bagaimana saya mahu lukis rajah layang-layang?

oleh sebab otak saya sudah tepu dengan perenggan-perenggan penerangan mengenai teritip tersebut,maka saya berhenti seketika..saya ingat saya hendak meng-update blog saya tetapi laman sesawang ini mengambil masa terlalu lama untuk buka..lalu saya mengambil keputusan untuk menonton Harry Potter dan Batu Ahli Sihir seorang diri..

dan sekarang sudah satu jam empat puluh minit lebih kemudian..ada lagi lebih kurang satu jam untuk cerita itu habis..tapi saya sudah penat berehat..dan sekarang saya sedang menaip..mungkin lepas ini saya boleh menyiapkan beberapa perenggan itu dan juga lukis rajah layang-layang(penat la taip dalam ejaan penuh) saya..

insyaAllah saya dapat siapkan hari ini..walaupun sudah terlebih dua hari daripada yang dijanjikan dengan diri sendiri..saya kecewa dengan diri saya..*kepala ditundukkan* baiklah!*kepala dinaikkan sambil pandang ke atas dengan mata bersinar-sinar* saya akan siapkan laporan ini hari ini,insyaAllah..maknanya malam ini saya tidur awal(entah-entah tengah hari saya sudah mula tidur atau mungkin pagi ini)..nasib baik hari ini bukan khamis kerana emak saya bercadang untuk pergi melawat kaklong di rumahnya..Arifah dan Aishah dijangkiti demam campak..kami tidak pergi menjenguk lagi..saya doa mereka cepat sembuh..amin..

nanti saya akan kongsikan gambar mereka di sini..pengarang jantung hati limpa buah pinggang saya..^__________________________^

No comments: